Thursday, October 29, 2009

Tahun seperti bulan, bulan seperti hari.......


Mengapa orang Islam selalu mungkiri masa ? Kenapa kalau mesyuarat, kita hadir lambat kadang hampir satu jam lewat ?! Adakah ini akhlak yang dianjurkan Islam? Sedang Allah sangat murka dan membenci hambaNYA yang mensia-siakan masa, malah Allah Subhanahu wa ta’ala telah bersumpah di permulaan Al-Quran dalam beberapa surah menerangkan kepada manusia betapa bernilainya masa dan kesan-kesan peredaran masa.


Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang –benderang (surah al-lail:ayat 1-2)
Demi Fajar, dan malam yang sepuluh (surah al-fajr: ayat 1-2)
Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian! ( surah al-’asr: ayat 1-2)
Allahuakbar. Betapa pentingnya masa. Saya juga kadang leka dan lalai dengan nafsu sehingga terlalu banyak masa dibazirkan dengan perkara yang langsung tiada faedah untuk islam. Hakikat kepantasan peredaran masa membuatkan manusia merasakan dunia hanyalah impian ? Anda tahu mengapa ?


Seolah-olah di hari mahsyar kelak mereka baru dapat rasakan hidup di dunia, lama masanya hanyalah di antara semalam atau sehari semalam ( surah Al- Nazi’at: ayat 46)
Saya tersedar betapa pentingnya masa muda ini diisi dengan ilmu dan perlunya berkejar-kejar kearah kebaikan. Betapa pentingnya dakwah dan pengurusan masa, malah Islam menuntut setiap individu muslim mempunyai jadual harian. Sesungguhnya, beruntunglah bagi manusia yang mempunyai ‘aqal.
Saya adalah insan yang tidak boleh tahan sabar jika menunggu! Kerana saya paling tidak suka menunggu, tambahan jika melibatkan komitmen pihak lain. Namun kadang kala tidak terlepas juga menjadi manusia pembazir masa yang terancang.


Menjadi pencinta masa bukan sahaja memerlukan komitmen, namun menuntut kefahaman secara mengakar kerana ia juga merupakan salah satu cabang akhlak yang didasari akidah. Mengapa kita boleh hebat bercakap soal kepimpinan, hukum Islam, kebajikan dan ketidakadilan terhadap wanita namun soal menepati waktu kita gagal ?


Saya mencabar diri sendiri supaya amalkan asas tuntutan agama. Berubah dan istiqamah.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“ Sungguh ajaib situasi orang mukmin! Sesungguhnya semua pekerjaannya itu baik. Kebaikan ini tidak diperoleh oleh sesiapapun, kecuali hanya untuk orang mukmin sahaja. Iaitu jika dia memperolehi nikmat dia bersyukur, maka adalah suatu kebaikan dari dirinya. Dan jika dia mengalami kesusahan, dia bersabar, maka adalah kebaikan juga buat dirinya.”
Maha hebat Allah menjaga mukmin. Pada solat lima waktu yang membersih diri daripada kekotoran, qailullah dan qiamullail, bulan-bulan yang dijanjikan penuh barakah dan pertukaran siang dan malam. Subhanallah, semuanya telah disusun.


Saya menyeru kepada setiap jiwa muslim untuk sama-sama berubah dan menghayati detik kehidupan yang singkat. Sungguh Allah telah rakamkan dalam ayat suciNya betapa manusia dipenghujung nyawa dan diakhirat akan menyesal atas masa di dunia yang sia-sia. Allahuakbar!(hasil nurkilan sahabat seperjuanga)



Masa terus berjalan dan berjalan, so dah hbis study ker tuk exam???? Tepuk dada tanya iman

Saturday, October 24, 2009

Berubah atau Rebah




Salam islam satu malaysia kepada rakan2, telah terlalu lama rasanya aku tidak up date blog ini, tergerak hati hari ini untuk mencorek sepatah dua buat peringatan pada diri ini dan moga ada manfaat untuk org lain muda- mudahan insyaAllah.....Syukur kepada Allah taala dengan segala nikmat yang diberikan kepada diri yang kerdil ini......semoga Allah sentiasa mentsabatkn diri ini dalam gerakan kabaikan.....teringat kata-kata guruku ketika di bangku sekolah menengah, katanya kepada kami ketika itu " dalam hidup di dunia yang fana ini, ada dua keadaan yang sering kta lakukan ala wahua kebaikan dan kejahatan,kitalah yang memilih imma melakukan kebaikan waimma melakukan kejahatan,jika kita melakukan kebaikan,tentu saja kita tidak melakukan kejahatan begitu juga sebaliknya,jika kita melakukan kejahatan tentu kita meninggalkan kebaikan, namun begitu pada manusia terdapat nafsu yang mengajak ke jalan kejahatan.....justeru menyibukkan diri untuk mengawal nafsu dalam kehidupan sangat2 perlu kepada ilmu agar mampu mempin diri taqarrub kepada Allah..........Semoga Allah sentiasa menjentikkan taufiq yang baik agar hati kita sentiasa ingat kepada Allah, Amin Ya Rabb.........






Imtihan tnggal seminggu saja lagi justeru kita perlu berubah menjadi supernova dalam mengulang kaji pelajaran meningkatkan usaha dalam belajar dan perlu juga menjaga rohani kita denga menjaga hablum minallah................setiap kejayaan kita itu dengan izin Allah, marilah sama kita bangun qiyamulail menangis kepada Allah memohon keampunan dan meratib keinsafan disamping itu juga memohon agar Allah memberi kejayaan kepada peperiksaan kali ini, ayuh kita sama-sama berubah mengulangkaji semaksima mungkin untuk memastikan kita tidak rebah untu exam kali ini............Bittaufiq wannjah....wafaqakumullah- Al kurawi