Tuesday, January 12, 2010

Berakhirnya Fatrah Majlis Perwakkilan Pelajar.....Ampunilah hambamu ini Ya Allah!!!!!




Bismillahirahmanirahim....Ya Allah Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku,mudahkanlah urusanku, bukalah simpulan lidahku agar mereka memahami kata-kataku...

Ku mulakan coretan ini dengan mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama bersyukur kepada Allah atas segala kurniaannya kepada kita....sahabatku.... mungkin jika ku bertanya kepada kalian sekalian, "apakah yang udara berikan apa kepada kita?"....jawapan yang akan keluar daripada kita kemungkinan adalah kehidupan...namun sahabatku ketahuilah kita tidak buta mata,tapi sebenarnya hati kita yang buta,buta mata hati, Allah yang berikan kehidupan kepada kita sahabatku bukan udara....bukan udara sahabatku....Allah yang berikan kehidupan....mari kita beristighfar jika kita buta hati selama ini....astaghfirullahala'zim....
Saat ku menulis coretan ini sahabatku, aku bukan lagi memegang portfolio biro pembangunan sahsiah dan kerohanian MPP USIM, saat ini MPP USIM sesi 2008/2009 telah dibubarkan, perasaan ini bercampur baur, namun mungkin boleh untuk kita kongsi bersama sedikit sebanyak pengalman dan kenangan diri yang kerdil ini untuk menegur diriku moga ada manfaatnya......
Masih segar dalam ingatan ini ketikapertama kali sampai di bumi USIM, kami mahasiswa tahun 1 terlibat dengan minggu taaruf....aku masih ingat ketika kami di perkenalkan dengan barisan MPP USIM ketika itu,aku begitu ta'ajub melihat berisan kepimpinan yang gah berdiri di atas pentas sehinggalah ke sesi soal jawab...melihat gelagat barisan MPP ketika itu,aku cukup kagum...jauh di sudut hati ini berkata, mampukah aku berada di situ suatu hari nanti??? persoalan itu ku tinggalkan untuk diriku....
kemudian kami dibawa mengelilingi kawasan kampus, kami berhenti rehat di coloseum, kami bertanya beberapa soalan kepada fasilitator, antara soalan yang ditanya mahasiswa baru " "macam mana nak jadi MPP ye abg?" aku mendengar acuh tak acuh kerana bagiku cukup susah untuk menjadi MPP......
Hari berganti hari bulan berganti bulan , namaku di calon untuk bertanding, jauh di sudut hati aku berasa sangat takut untuk memikul tanggungjawab, namun atas pertimbangan yang kritikal aku menyahut cabaran bertanding,Allah memilihku untuk berada di barisan MPP 2008/2009,
Aku mula belajar dan belajar....jatuh bangun,susah payah,sepak terajang, gelak ketawa ku lalui dengan tekad kerana Allah....kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat terus menguatkan hati ini berjuang dalam MPP. Sehingga hari ini masih terngiang-ngiang di telingaku telatah program yang kami anjurkan.....masih terasa kemanisan bekerja dalam berpasukan. semua itu ku timba untuk mengharungi untuk bekalan dakwah di masa hadepan.
Bergiat dalam MPP memerlukan pengorbanan sahabatku,Aku masih teringat kata-kata kakakku ketika aku pulang kerumah kerana tok kesayanganku meninggal....sekian lama aku tidak pulang...katanya " nak tunggu sapa pulak meninggal baru nak balik" hatiku sebak, terasa begitu sedih...namun bagiku jika kakaku faham akan perjuanganku, kata-kta itu tidak akan keluar, aku perlu belajar besabar dan menerima teguran.
Sering kali ibuku telefon "bila nak balik apit? jawabku nanti mak, apit ada program" itulah jawapanku,namun alhamdulillah ibuku sangat memahamiku, untuk ibuku, anugerah jasa bakti yang ku perolehi pada anugerah AKSIS adalah untuk ibuku, itulah bukti selama ini aku jarang pulang ke rumah,jarang telefon ke kampung .dan kadang kala mengguris hati ibuku...namun aku sangat bersyukur,saat namaku di umum, aku katakan dalam hatiku, hadiah ini untuk mak, ayah dan sahabat-sahabat yang mendorongku,moga Allah merahmati kalian........
Sahabatku banyak batu loncatan dan soft skill yang ku pelajari,ianya sangat- sangat berharga dan mungkin boleh aku katakan tidak akan aku perolehi jika tidak menjadi MPP.moga ia berguna untuk berjuang di jalan Allah

Sahabatku terlalu banyak perkara untuk aku nukilkan, namun ku nukilkan beberapa kisah ringkas fatrah hidupku dalam memegang jawatan MPP adalah untuk memeberitahu bahawa tidak ada jalan mudah dalam menjadi pemimpin,kesusahan mengajar erti kehidupan, ayuh mari kita bangun bersama-sama menjulang semula obor perjuangan mahasiswa islam dalam meletakan islam di hormati diseantero dunia
Apa juga yang anda mahu kritik dan tegur sepanjang ku memegang jawatan MPP USIM,i'Allah akan ku terima dengan hati terbuka. Kami lakukan segala tugas atas kemampuan diri sepanjang memegang portfolia BPSK.
akhir kalam ku memohon ampun dan maaf kepada semua mahasiswa USIM sepanjang tempoh memegang jawatan ini terdapat salah, silap dan juga tidak dapat memenuhi kehendak mahasiswaUSIM....juga kemaafan kepada semua MPP USIM sesi 2008/2009 terutama rakan seperjuangan daripada BPSK saudari Aida Asmeeda Mohamed Akram andai berlaku khilaf sepanjang berjuang bersama dalam MPP USIM 2008/2009.......untuk sahabat-sahabat MPP USIM, ini bukanlah titik noktah untuk kita,namum bemulanya,momentum baru, tanggungjawab yang lebih besar menanti,moga tarbiyyah sepanjang tempoh memegang jawatan menjadikan kita seorang pejuang yang istiqamah dalam membangunkan USIM khususnya dan Malaysia amnya ke arah baldatun thoyyibatun warabbun ghafur.....amin ya Rabb....

Thursday, January 7, 2010

FORGIVE ME YA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim

Uutuk tatapan dan renungan bersama moga menginsafkan kita.......

Ya Allah..


Alhamdulillahhirabbi a’lamin… wassalatuwassalamu asyrafil anbiya’ walmursalin.. waala alihi.. wasahbihi ajmain..

Ya Allah Yatuhanku.. ampunkanlah dosa-dosa diriku ya allah.. ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapaku… dosa sahabat-sahabatku… dosa muslimin-muslimat mukminin-muminat..

Ya Allah..

hamba-Mu ini bedosa ya Allah… hamba-Mu ini berdosa ya Allah.. hamba-Mu ini sering melakukan maksiat kepada-Mu ya Allah… hambamu ini sering alpa ya Allah…

hamba-Mu ini malu ya Allah… malu.. malu kepadamu ya Allah… aku tahu, engkau selalu memerhatikanku.. tetapi, aku tetap melakukan maksiat… aku tahu kau selalu mendengar dan melihat… tetapi, aku masih melakukan maksiat juga…

Ya Allah..

Diri ini sering mengingatkan orang lain… tetapi, diri sendiri…. Ya Allah.. Ampunilah diri ini ya Allah… Diri ini lemah ya Allah.. Diri ini pelupa ya Allah.. Diri ini jauh darimu ya Allah… astaghfirullah hal azim… maafkan lah diri ini ya Allah… Terima lah taubatku ini ya Allah.. Jadikan lah taubat ini… taubat nasuha ya Allah…



May Allah subhana wa ta'ala make the best of our moments of the last when we will meet Him. Ameen.
May Allah make our abode in the Hereafter much better than our present one. Ameen.
May He guide us && make the most of our lives in Obedience && Submission to Him. Ameen.

Verily, every soul shall taste death. (Qur'an)

Assalamu 'alaikum.

Tuesday, December 29, 2009

UTUSAN MALAYSIA 30 DISEMBER 2009

MPP USIM ke Beijing


Pengalaman paling manis dalam misi lawatan apabila delegasi berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha di Beijing.


JAUH perjalanan, luas pandangan, tambah pengalaman. Begitulah ungkapan yang dapat digambarkan dalam misi lawatan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) ke China. Program anjuran Biro Perhubungan Awam dan Antarabangsa MPP dan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal pelajar USIM ini telah berlangsung pada 24 hingga 30 November lalu.

Seramai 20 ahli rombongan telah melawat ke beberapa institusi pengajian tinggi terpilih seperti Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU), Beijing Language and Culture University (BLCU), Tembok Besar China, Forbidden City, Summer Palace dan beberapa buah masjid bersejarah dalam perkembangan tamadun Islam di sana serta tidak ketinggalan melawat pejabat Kedutaan Malaysia di China.

Menurut Pengarah Program Mohd. Faridh Hafez, objektif utama program ini diadakan adalah untuk melebarkan sayap jaringan kerjasama USIM, khususnya Majlis Perwakilan Pelajar di peringkat antarabangsa, sekali gus membawa jenama USIM ke persada antarabangsa.

"MPP USIM pada sesi terdahulu telah mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi, Mesir, Kemboja, Eropah, Indonesia dan MPP pada sesi kali ini memilih China sebagai destinasi perkongsian pintar," katanya.

Antara program yang berlangsung di sana ialah sidang meja bulat bersama Persatuan Pelajar Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Beijing Language and Culture University , atau lebih dikenali sebagai Student Union.

Menurut Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Muhammad Alif Ismail, diskusi berkisar tentang aspirasi dan idea berkaitan hal ehwal pelajar seperti kebajikan, penganjuran program, keselamatan dan promosi yang dilaksanakan oleh wakil pelajar di universiti masing-masing.

"Kami juga mengedarkan beberapa set soalan kaji selidik kepada pelajar-pelajar BFSU. Objektif soalan kaji selidik tersebut adalah untuk mengkaji perlaksanaan sistem akademik dan penglibatan pelajar dalam berpersatuan di universiti masing-masing sebagai rujukan kami untuk diterjemahkan kepada mahasiswa USIM nanti," ujarnya.

Pengalaman yang paling manis dalam misi lawatan ini ialah delegasi lawatan berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha di Beijing. Sambutan hari kebesaran dalam agama Islam itu juga turut sama dirai oleh para pegawai di Kedutaan Malaysia di China dan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Dalam keadaan suhu mencecah di bawah takat beku lima darjah celsius, sama sekali tidak mematahkan kemeriahan dan semangat erti pengorbanan yang dituntut dalam falsafah Aidiladha.

Selain itu, Yang Dipertua MPP dan beberapa Exco MPP juga tidak ketinggalan ditemubual oleh China Radio International (CRI) yang telah membuat siaran istimewa secara langsung sempena sambutan Aidiladha di Beijing.

kembara tujuh hari itu telah memberi impak positif kepada MPP USIM dalam merencana idea dan pendekatan yang lebih segar serta memastikan MPP berfungsi sebagai platform terbaik sebagai suara mahasiswa yang dinamik dan progresif.

JALAN JUANG.....BERSABARLAH WAHAI SAHABATKU


Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!


Monday, December 28, 2009

Al Kisah...Maka Tersebutlah Kisah


Alkisah, di sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Bayi singa yang lemah itu hidup tanpa perlindungan ibunya. Beberapa jam kemudian segrombongan kambing datang melintasi tempat itu. Bayi singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tersentuh hatinya. Ia merasa hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara. Dan terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi bayi singa itu.Sang ibu kambing lalu menghampiri bayi singa itu dan membelai dengan penuh kasih sayang. Merasakan hangatnya kasih sayang seperti itu, si bayi singa tidak mahu berpisah dengan sang ibu kambing. Ia terus mengikuti ke mana saja ibu kambing pergi. Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.Hari berganti hari, dan anak singa membesar dalam asuhan ibu kambing dan hidup dalam komuniti kambing. Ia menyusu,

makan, minum, bermain bersama anak-anak kambing lainnya.

Tingkah lakunya juga seperti kambing. Bahkan anak singa yang mulai berani dan besar itu pun mengeluarkan suaranya juga seperti kambing iaitu mengembik bukan mengaum! la merasa dirinya adalah kambing, tidak ada beza dengan kambing-kambing

lainnya. Ia sama sekali tidak pernah merasa bahwa dirinya adalah seekor singa.Suatu hari, terjadi perkelahian luar biasa. Seekor serigala buas masuk memburu kambing. Kambing-kambing berlari panik. Semua ketakutan. Ibu kambing yang juga ketakutan dan meminta anak singa itu untuk menghadapi serigala.”Kamu singa, cepat hadapi serigala itu! keluarkan aumanmu yang keras, serigala itu pasti lari ketakutan!” Kata ibu kambing pada anak singa yang sudah besar dan gagah.Tapi anak singa yang sejak kecil hidup di tengah-tengah komuniti kambing itu juga turut ketakutan,malah berlindung di balik tubuh ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara embikan. Sama seperti kambing yang lain bukan auman. Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah satu anak kambing yang lain diterkam dan dibawa lari oleh serigala.Ibu kambing sedih karena salah satu anaknya tewas dimakan

serigala. Ia menatap anak singa dengan perasaan marah,”Seharusnya kamu boleh membela kami! Seharusnya kamu mampu menyelamatkan saudaramu! Seharusnya mampu mengusir serigala itu.

Anak singa itu hanya menunduk, ia tidak faham dengan maksud perkataan ibu kambing. ia sendiri merasa takut pada serigala sebagaimana kambing-kambing lain. Anak singa itu merasa sangat sedih karena ia tidak bisa berbuat apa-apa.Hari berikutnya serigala ganas itu datang lagi. Kembali memburu kambing-kambing untuk disantap. Kali ini ibu kambing tertangkap dan telah dicengkeram oleh serigala. Semua kambing tidak berani menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang ia anggap sebagai ibunya dicengkam serigala. Dengan nekad ia lari dan menyerang serigala. Serigala sangat terkejut melihat ada seekor singa di hadapannya. Lalu ia melepaskan cengkamannya.Serigala itu gemetar ketakutan! Dengan kemarahan yang luar biasa anak singa itu berteriak keras, ”Emmbiiik!” Lalu ia mundur ke belakang. Mengambil langkah untuk menyerang lagi. Melihat tingkah laku anak singa itu, serigala yang ganas dan licik itu tahu bahawa yang berada di hadapannya adalah singa yang

bermental kambing. Tak ada bezanya dengan kambing.ketika itu juga ketakutan serigala hilang. Dengan marah,sang serigala siap menyerang kambing bertubuh singa itu! Atau singa bermental kambing itu! Saat anak singa itu menerjah dengan menyerangnya sang serigala yang telah siap dengan kuda-kudanya yang kuat.Serigala itu merobek wajah anak singa itu dengan cakarnya. Anak singa itu tersembam menyembah bumi dan mengaduh, seperti kambing mengaduh. Sementara ibu kambing menyaksikan peristiwa itu dengan rasa cemas yang luar biasa. Ibu kambing itu merasa hairan, kenapa singa yang gagah itu kalah dengan serigala. Bukankah singa adalah raja hutan? Tanpa belas kasihan sedikitpun serigala itu menyerang anak singa yang masih mengaduh itu. Serigala itu siap menghabiskan nyawa anak singa itu. Di saat yang kritikal itu, ibu kambing yang lemah dengan sekuat tenaga menendang sang serigala. Sang serigala terpelanting jauh. Anak singa bangun.Dan pada saat itu, seekor singa dewasa muncul dengan auman yang dahsyat! Semua kambing ketakutan dan Anak singa itu juga meghampir kumpulan kambing dengan keadaan takut. Sementara sang serigala langsung lari,bertempiaran. Saat singa dewasa hendak menerkam kawanan kambing itu, ia terkejut di tengah-tengah kawanan kambing itu ada seekor

anak singa.Beberapa ekor kambing lari, yang lain langsung lari. Anak singa itu Juga turut lari. Singa itu masih tertegun. Ia heran kenapa anak singa itu turut lari mengikuti kambing? Ia mengejar anak singa itu dan berkata,”Hai kamu jangan lari! Kamu anak singa, bukan kambing! Aku tak akan makan anak singa! ”Namun anak singa itu terus lari dan lari. Singa dewasa itu terus mengejar. Ia tidak mengejar kawanan kambing, tetapi mengejar anak singa. Akhirnya anak singa itu tertangkap. Anak singa itu ketakutan,”Jangan bunuh aku, kata anak singa ”Kau anak singa, bukan anak kambing. Aku tidak membunuh anak singa!” Dengan meronta-ronta anak singa itu berkata, ”Tidak aku anak kambing! Tolong lepaskan aku!” Anak singa itu meronta dan berteriak keras. Suaranya bukan auman tapi suara embikan, seperti suara kambing.Sang singa dewasa merasa sangat hairan. Bagaimana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan bermental kambing. Dengan geram ia menyeret anak singa itu ke sebuah tasik. Ia harus menunjukkan siapa sebenarnya anak singa itu, ketika sampai di tasek yang jernih

airnya, ia meminta anak singa itu melihat bayangan dirinya sendiri.Lalu membandingkan dengan singa dewasa.Begitu melihat bayangan dirinya, anak singa itu terkejut, ”Oh, rupa dan bentukku sama dengan kamu. Sama dengan singa, si raja hutan!” ”Ya, karena kamu sebenarnya anak singa. Bukan anak kambing!” Tegas singa dewasa.”Jadi aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa!” ”Ya kamu adalah seekor singa, raja hutan yang berwibawa dan ditakuti oleh seluruh isi hutan! mari aku tunjukkan bagaimana menjadi seekor raja hutan!” Kata sang singa dewasa. Singa dewasa lalu mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa dan mengaum dengan keras. Anak singa itu lalu meniru, dan mengaum dengan keras. ia mengaum, menggetarkan seantero hutan. Tak jauh dari situ serigala ganas itu lari semakin kencang, ia ketakutan mendengar auman anak singa itu.Anak singa itu kembali berteriak penuh kemenangan, ”Aku adalah seekor singa! Raja hutan yang gagah perkasa!” Singa dewasa tersenyum bahagia mendengarnya.

Sahabat-sahabat, Saya menyeru untuk sama-sama kita menghayati kisah ini. Betapa banyak manusia yang menjalani hidup merasakan cukup seadanya, biasa-biasa saja, ala kadarnya. Hidup dalam keadaan terbelenggu oleh siapa dirinya sebenarnya. Hidup dalam tawanan rasa malas, langkah yang penuh keraguan Hidup tanpa kekuatan nyawa terbaik yang dimilikinya. Mari kita mengambil iktibar daripada mereka yang berjaya hidupnya. Di antara mereka ada yang telah menjumpai jati dirinya. Hidup dinamis dan positiff. Sangat faham untuk apa ia hidup dan bagaimana ia harus hidup. Hari demi hari mereka lalui dengan penuh semangat dan optimis sebagai pejuang agama Allah. Detik demi detik yang dilaluinya adalah rasa bahagia dan cinta kepada Allah. Semakin besar rintangan menghadap semakin besar pula semangatnya untuk menempuhnya. Jika kita merungkai sejarah rasulullah, Rasulullah sangat optimis dalam perjuangan dakwah,dalam apa jua rintangan yang dihapi oleh baginda,dilaluinya dengan penuh berhemah dan berhikmah, Justeru sahabatku kita perlu memahami dengan jelas atas sebab apakah kita hidup di atas muka bumi sebagai khalifah Allah dalam dalam membawa obor perjuangan islam.

Sahabatku potensi terbaik apa yang telah dikaruniakan oleh Allah kepada

Sangat hebat yang boleh kita katakana seperti singa dalam kisah tadi, namun kita yang menganggapnya seperti kambing kerana terlalu merasa selesa tanpa memikirkan kemaslahatan atau kebaikan umat disekeliling kita. Sahabatku aku nukilkan kisah ini untuk menegur diriku yang kerdil ini moga ada manafaatnya untuk orang lain, ayuh mari kita keluarkan “singa “di dalam diri kita, syiar islam,dalah diri kita semoga dengan setiap orang menjaga diri masing-masing dan akhirnya akan tertegaknya islam itu secara syumul sepeti yang kita impikan bersama amin ya rabb. Di akhirnya saya memetik kata-kata Al Ustaz Mustafa Masyhur, Katanya اصلح نفسك واد عو غير ك “ Perbaikilah diri kamu dan serulah orang lain “ . Ini dapat difahami bahawa pertama-tamanya bahawa Islam perlu ditegakkan di dalam diri kita sendiri. Apabila Islam tertegak di dalam diri kita maka akan mengembanglah laksana pokok, semakin menunjang akarnya maka semakin merendanglah daun dan semakin menjulang pucuknya. Kita perlu suburkan keimanan kita dengan wahyu-wahyu Allah s.w.t dan sirah para sahabat. Kita perlu suburkan kefahaman kita dan syaksiyyah kita dengan Islam. Wallahua’lam takbir!!! Allahuakbar.




7 PRINSIP BUSHIDO APAKAH KEHEBATANNYA????



Pertumbuhan ekonomi yang pesat setelah Perang Dunia II telah menjadikan Jepun antara sebuah negara yang terkaya di dunia.


(JEPUN) Mari sahabat-sahabatku kita terbang sebentar ke sebuah negara matahari terbit, negara yang pernah diledakkan dengan bom pada suatu ketika dahulu, negara kecil yang dahulunya sangat tertutup dan memang menutup diri dari bangsa asing. Jepun mula maju ketika di pimpin oleh Maharaja Meiji. Dengan mengirimkan pemuda-pemuda Jepun ke negara asing untuk mempelajari teknologi disana dan ketika itu banyak buku-buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dan di jual dengan harga yang murah. Walau dimanapun mereka berada, mereka masih menyibukkan diri untuk membaca. Yang perlu kita ketahui adalah rahasia kenapa negara yang pernah diledakan dengan bom nuklier oleh sekutu itu segera bangkit dan menjadi negara yang maju dalam bidang teknologi? Salah satu perkara yang melandasi kepimpinan Maharaja Meiji adalah mempertahankan kebudayaan dan nilai kerja. Walaupun mereka menjadi bangsa yang maju, namun nilai-nilai dasar masyarakat asli Jepun tidak pernah hilang. Nilai-nilai itu terangkum dalam 7 nilai dasar BUSHIDO yaitu :
1. Gi (Pengambilan keputusan berdasarkan kebenaran, meskipun mati dengan keputusan itu, matilah dengan gagah karena matinya terhormat), 2. Yu (Berani dan kstaria,
3. Jin (murah hati, mencintai sesama manusia),
4. Re (Santun, bertindak benar,
5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya tanpa pamrih),
6. Meiyo (menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan),
7. Chugo (Mengabdi, Bertanggungjawab).
7 nilai prinsip itu dibaca setiap pagi(diulang-ulang) dan tertanam dalam hati sehingga nilai dasar tersebut menjadi prinsip hidup.




(MALAYSIA), negara yang majoriti penduduknya adalah muslim. Kewajipan seorang muslim, salah satunya adalah ibadah solat. Di dalam rukun solat banyak bacaan yang dibaca berulang-ulang, yang salah satunya adalah surat Al-Fatihah yang berjumlah 7 ayat (Bushido juga ada 7 prinsip). Cuba fahami dan hayati 7 ayat tersebut. Sudahkah kita meresapi erti asurah alfatihah satu per satu? Atau hanyalah sekadar untuk menggugurkan kewajiban? Naudzubillah.
Bushido di buat atau diciptakan manusia, sedangkan Al-Fatihah adalah wahyu dari Allah. Jadi yang manakah lebih hebat wahai sahabatku?, Bushido yang hanya dibaca 1 kali sehari oleh penduduk Jepun atau Malaysia yang membaca Al-Fatihah minima 17 kali sehari? Allahu Akbar, sahabatku lihatlah betapa hebatnya al fatihah jika kita hayati 17 kali setiap kali kita menunaikan solat,mari kita rendahkan hati kita, buanglah kesombongan dan keegoan kita ,semoga kita sentiasa bermuhasabah diri, tidak ada jalan bagi kesombongan untuk menjadi mulia disisNya, kemulian ketinggian adalah milik orang yang tawaduk kepada Allah. Sahabatku hanya dengan kehendak-Nya bangsa Malaysia mampu menjadi bangsa rabbani yang dihormati oleh bangsa lain seantero dunia. Amin ya rabb.
Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung (Q.S. Al Hijr : 87)

Friday, December 25, 2009

KENANGAN ESQ 165

Hawa sejuk begitu terasa di dalam dewam hotel Selesa Beach Resort,semua pelatih ESQ sesi mahasiswa pada 19-21 Nopember 2009 mengambil tempat masing-masing. Penghawa dingin memang dipasang rendah, 16 darjah Celcius. Di dalam ruangan itu mengalun lembut lagu instrumental berjudul Koi, gubahan Kitaro, yang didukung perangkat sound system 5000 watt. Pencahayaan yang agak malap, sehingga semakin menambah syahdu suasana.

“Sahabat-sahabatku mari, pejamkan mata. Mari bicara jujur pada hatimu,” ajak sang trainer, Pak Firdaus Jamaris dengan nada lembut. Program ESQ hari itu diikuti 200 peserta mahasiswa dari seluruh malaysia. Peserta duduk di kursi. Sesekali peserta bersimpuh di karpet tebal, mendengarkan setiap instruksi sang trainer.

”Kamu bukan siapa-siapa kamu itu hamba Allah,lalu apa yang kamu banggakan dengan dunia kamu,tidakah kamu melihat kehebatan Allah,mohon ampun sahabatku istighfar mohon ampun pada Allah” teriak Pak firdaus Jamaris...Beberapa detik berlalu, terdengar tangis isak di sana-sini. Satu per satu peserta menyampaikan isi hati dengan mikrofon sehingga didengar peserta lain. Sesi pagi itu pun lantas ditutup dengan doa bersama.Itulah sebahagian suasana program ESQ.

Program ESQ yang kami ikuti dilaksanakan selama dua hari,sangat padat.Sepanjang program ini suasana emosi peserta memang berganti-ganti. Kadang-kadang sangat sedih kemudian betukar gembira dan sangat bersemangat. Satu lagi yang selalu dilakukan setiap kali bertukar sesi, antara peserta saling bersalaman, merangkul sambil mendoakan peserta yang dirangkulnya.

”Namanya salam semut. Tidak sekadar bersahaja, tetapi melatih agar kita berukhwah dengan orang lain. Dalam dua hari itu hampir semua peserta diharapkan saling kenal mengenali. Hubungan itu diharapkan berlanjut dalam wadah Forum Komunikasi Alumni ESQ.

Program tersebut memang dilatih sangat menitikberatkan hubungan interpersonal. Dimulai dengan menyentuh kesadaran spiritual seseorang. Program ini juga bukan ceramah agama.

”ESQ adalah pelatihan Spritual,emotional dan melatih IQ. di dalamnya ada ayat Al Quran, karana Al Quran bukan untuk orang Islam sahaja. Tapi, nilai-nilainya universal untuk semua manusia,” ujar Pak Firdaus.

ESQ bersifat independen. Bukan untuk golongan atau kelompok tertentu. ”ESQ seperti oksigen, boleh dihirup semua makhluk,” kata pak firdaus. Dalam konsep ESQ, karakter seseorang manusia ditentukan oleh God Spot (Hati nurani). Namun, God Spot itu sering tertutup oleh berbagai masalah kehidupan. Akibatnya, hati menjadi blind (buta). ESQ memandu menyingkirkan belenggu itu dengan enam langkah yang disebut dengan Zero Mind Process (ZMP).

Di dalam konsep ESQ juga ada learning principle. Prinsip Kaizen (continous improvement) digunakan untuk mengilustrasikannnya. ”Toyota jepun maju pesat dengan Kaizen. Mereka selalu belajar dan belajar, tak pernah puas,” kata Pak Firdaus.

Prinsip Kaizen juga dicontohkan dengan kemajuan Jepun dalam menghasilkan kereta api tercepat di dunia. ”Eropah dan Amerika ketika itu berlumba-lumba membuat kereta api tercepat di dunia. Namun, Jepun dengan prinsip Kaizen, walaupun tidak terlibat dalam perlumbaan t tersebut berjaya menghasilkan kereta api yang tercepat dengan menggunakan medan magnet. Padahal kutub utara dan selatan atau medan magnet ditemukan oleh orang-orang Amerika,” kata Pak Firdaus.

Sahabat-sahabat,jika ada kelapangan bolehlah mengikuti program ini, namun apapun kita perlu bijak menalai mentafsir dan mengharmonikan modul-modul yang di berikan agar mampu membantu kita dalam mengukuhkan dan menguatkan diri dalam berjuang dijalan Allah yang sangat jauh dan penuh liku…..Mari sama-sama kita tunduk dan beristighfar mohon ampun kepada Allah moga kita selalu dekat denganya amin y rabb