Thursday, February 25, 2010

Nabi Kenal Kita di Akhirat ???


Bismillahirrahmanirrahim.........

Sudah lama rasanya aku tidak menyentuh key board mengup date blogku in,i namun terasa hari ini bersempena hari yang mulia, hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W untuk mencorek sesuatu dalam menegur diriku moga ada manafaat buat kita bersama. Sahabat-sahabatku disamping kita berhubung dengan Allah yang dinamakan hablum minallah dengan menunaikan ibadah seperti solat,zakat, haji dan lain-lain, kita juga diminta untuk menjaga hubungan dengan manusia yang dikenali dengan hablum minannas, memelihara tali silaturrahim sesama manusia, sebab itulah sahabat-sahabatku, seandainya kita menyemak alquran seringkali Allah sebut ayat waaqimussola dan Allah kembarkan dengan wau'tizzakat,kebanyakan ayat waaqimussolah ini Allah kembarkan dengan watu'tizzakat memberitahu kita bahawasanya ibadah solat itu hubungan dengan Allah, adapun zakat itu merupakan hubungan sesaama manus. Kita perlulah menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia dalam mencapai redho Allahdan kesalamatan didunia dan akhirat.
Sahabat-sahabatku yang ku sayangi, dunia yang kita diami hari ini, merupakan tempat yang sementara dan tidak kekal yang kita hidup di atasnya tidak lama, maka dengan sebab itu Allah sebut dalam al quran yang bermaksud " sesungguhnya tidak aku jadika jin dan manusia melainkan untuk biribadah kebadaku"....justeru sekiranya jika kita tidak solat, tidak sedekah, tidak membaca alquran di dunia, di manakah tempat untuk kita melakukan ibadah- ibadah tadi, adakah tempat selain dunia untuk kita beribadah? hanya sanya di dunialah tempat kita beribadah dan kita perlu untuk memperbanyakkan beribadah sebagai bekalan ke negeri akhirat. Sahabat-sahabatku antara sebab kita sangat berasa takut untuk mati adalah kerana kita tidak ada harta yang kita tinggalkan di negeri akhirat....kita sangat sayang akan harta dunia,sayang hand phone, motor, lap top dan sering berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin harta dunia, sayang harta di kampung, walau sejauh mana pun kita pergi, kita teringat untuk balik kampung halaman walaupun harta tidak sebanyak mana.Sahabatku harta dunia tdk bermanfaat setelah kita mati, yang bermanfaat adalah ibadah yang kita kerjakan sebagai harta, oleh itu kenapa kita tidak bersungguh-sungguh menyimpan harta untuk negeri akhirat, sedangkan kita tahu negeri akhiratlah tempat untuk kita balik dan tinggal selamanya...apa harta yang kita ada di negeri akhirat? .mari sahabatku kita bermuhasabah bersama, apakah sudah banyak harta kita tinggalkan untuk kita pulang dengan senyuman atau tangisan ke negeri akhirat, subhanallah.....cukuplah sekadar muqadimah dari diriku yang kerdil ini.

Adakah rasulullah mengenali kita di akirat? jarak masa kita sekarang dan Rasulullah telah begitu jauh jurangnya, apa sempatkah rasulullah mengenali kita di celah-celah semak samun manusia yang berhimpit himpit di padang mahsyar nanti? satu soalan yang mungkin meletus di dalam kepala kita, dan kebetulan telah meletus di dalam kepala seorang sahabat Rasulullah di zaman hayatnya dulu, lalu sahabat terus menyoal. Untuk meredakan kerunsingn sahabatnya yang bimbangkan nasib anak cucunya yang lahir selepas kematian Nabi , Baginda membuat satu kiasan yang dapat di mengertikan sendiri, " katakanlah tuan memelihara seekor kambing berwarna hitam dan bercampur dengan kambing-kambing jiran sebelah yang beribu-ribu banyaknya tetapi kesemuanya berwarna berwarna putih belaka, sukarkah tuan mengenali kambing tuan? jawab sahabat: tentu tidak sukar, Aku pun begitu juga kata Baginda, umat-umatku akan dibangkitkan dari kubur masing-masing lengkap dengan tanda-tandanya sekali, iaitu kaki dan tangan mereka cantik berseri oleh air wudu' " ...... subhanallah begitu hebat wudu',sahabat-sahabatku yang kusayangi marilah sama-sama kita daaimatul wudu' yakni sentiasa berwudu' agar bercahaya dan dikenali oleh Nabi di akhirat.....marilah juga sama-sama kita banyak berselawat kepada junjungan besar Nabi MUhammad S.A.w dalam menjadi penyambung petugas kepada Rasulullah dalam berdakwah menegakkan islam agar negara Malaysia menjadi negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah...Allahuakbar!!!





No comments:

Post a Comment