Tuesday, June 9, 2009

begitu ajaib titisan air.......adakah air mempunyai perasaan???



Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).


Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.


Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.


Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.


Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.

sesuatu yang ajaib yang dapat kita singkap daripada kajian ini ialah betapa hebat air yang Alla jadikan ini seolah olah mempunyai perasaan sehingga mampu merakam peistiwa atau perkataan yang dilontarkan. Seandainya kita melontarkan sesuatu perkataan yang baik maka molekul krital yang cukup cantik dan menarik akan terbentuk, namun sebaliknya pula seandainya perkataan buruk yang di ucap maka moleku kulat akan terbentuk

Dr Masaru Emoto juga pernah mengkaji tentang molekul 'basmalah',betapa hebat molekul yang terbentuk hasil daripada perkatan 'basmalah' tersebut.


Mari kita muhasabah bersama kalau daripada perkataan basmalah sahaja sudah terbit molekul begitu hebat bagaimana pula dengan kandungan ayat alquran yang sangat hebat yang merupakan wahyu daripada Allah. Kandungan air dalam badan kita begitu banyak, bagaimanakah agaknya molekul yang terbentuk?????

Justeru marilah sama kita memperbanyakkan membaca dan mendengar ayat2 alquran agar molekul air yang baik terbentuk dalam badan kita sekaligus insyaAllah dapat sentiasa menenangkan hati kita dalam mencari redho Allah taala....


No comments:

Post a Comment