Saturday, June 6, 2009

Ceramah tentang Buku Yakjuj & Makjuj

Penulis: Muhammad Alexander
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM 31.50 / RM 34.50
Halaman : 576
Cetakan pertama pada bulan Mac 2009. Sebanyak 5000 naskhah terjualdalam tempoh kurang daripada empat minggu.
Naskhah ulang cetak (ke 2) hanya sempat masuk stor pada hari ketiga terakhir PBAKL 2009. Dalam tempoh 3 hari itu sebanyak 1100 naskhah telah dijual dengan harga potongan 30% (hari terakhir PBAKL).
Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.
Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.
" Mereka berkata. "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj & Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu ( dari hasil pendapatan kami ) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" - Al-Kahfi Ayat 94

Khusyuk mendengar penerangan dari Bapak Alex yang tidak jemu2 menjawab pelbagai persoalan yang timbul daripada muslimin yang hadir.......cayalah Pak Alex..........



Sdr Rashadan, penulis, Bapak Alexander (Penulis buku Yakjuj & Makjuj Bencana Di sebalik Gunung), Sdr Aisamudin, Sdr Abdullah, Abg ( Lupa nama, MA bahagian Fizik )


Kuliah Maghrib tentang yakjuj & Makjuj berlangsung di masjid Nilai, sy terpaksa bergegas di dalam hujan yang begitu lebat pada malam itu untuk ke masjid Nilai, Rasa ingin tahu ttg kisah dan rahsia Yakjuj & Makjuj membuatkan hujan seolah2 tidak turun, namun basah lenjun jugak la sampai masjid.......Alhamdulillah sempat sampai dan mendengar ceramah Bapak Alex....satu demi satu slide di hurainya untuk merungkai kekeliruan muslimin dan muslimat yang hadir........kepekata loghat indonesianya atau mngkin terkesan degan loghat jowonya ditambah masalah teknikal pada malam itu menyebabkan sy dan sahabat2 terasa begitu mencabar untuk memahami apa yang disampaikan Bapak Alex........pun begitu tahniah atas penganjuran ceramah yang sangat bermakna untuk pecinta-pecinta ilmu ini.......Mabruk Alfun Mabruk...akhirnya pada malam itu berqasadkan ingin tahu yang sangat mendalam ttg Yakjuj dan makjuj, sy telah membeli buku tersebut walaupun sebenarnya kekeringan fulus hehe........buat sdr Rashdan dan sahabat.......bolehla lau nk pinjam huhu...........ayuh sahabat laburkanlah sedikit duit kita untuk memiliki mutiara ilmu yang saya kira begitu bermakna dan penting buat kita sebagai da'e..........

No comments:

Post a Comment