Monday, June 1, 2009

Menyingkap Tirai Kenangan Pulau Bali


Pada 27-30 Mei 09 yg lalu aku bersama dua orang sahabat diberi ksempatan untuk ke pulau bali.......

Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok.
Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia.
Pulau Bali yang merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.
Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. Gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.
Ibu kota Bali ialah kota
Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.

Penghuni-penghuni pertama di pulau Bali dipercayai merupakan penghijrah-penghijrah dari Asia yang datang pada 2500 SM. Zaman prasejarah kemudian berakhir dengan kedatangan orang-orang Hindu dari India pada 100 SM.
Pada zaman kerajaan
Majapahit, hampir seluruh nusantara beragama Hindu. Namun seiring dengan datangnya Islam, berdirilah kerajaan Islam di nusantara yang menyebabkan keruntuhan Majapahit sekitar tahun 1500. Kebanyakan orang Hindu datang dari Pulau Jawa.
Penjelajah
Eropah pertama yang menemui Bali ialah Cornelis de Houtman dari Belanda pada 1597. Melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie), Belanda kemudian menjajah Bali, dan mencetuskan perang yang melibatkan seluruh rakyat, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk rajanya.
Sejak penubuhan
Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian negara tersebut.

Bilangan penduduk Bali ialah lebih kurang empat juta, dengan sebanyak 93% merupakan penganut Hindu. Agama lainnya termasuk Islam, Kristian dan Buddhisme.....
Apa yang menyentap hati dan sanubari ialah apabila berada di tempat yang agak mencabar dimana pulau yang dimonopoli oleh sebahagian besar penganut agama hindu......rupa dan gayanya melayu,namun jika ditanya...."agama apa pak? kemungkinan besar yang akan terpacul keluar dripada mulutnya secara selamber...."agama hindu".......
kalau dibumi malaysia tercinta mngkin mudah untuk kita makan tanpa berasa was-was.......namun sepanjang dibali jauh disudut hati kecil ini tertanya-tanya ttg status makanan halalan taiyyiban.....katanya ibu yang mnjaga kaunter....."jangan dikhuatirin ya pak kami punyai certeficate halal"......waduh2 gimana kok agaknya fahaman halal bg mereka.....namun berqasadkan alyakin la yazulu bisshak...........kuteruskan juga kehidupan disana......
perkara yang aneh dan unik apabila pertama kali sampai tatkala terpandang seni binanya yang begitu menark dan tertarik,pun begitu apa yang memeningkan mata dan kepala ialah asyik dok tengok patung2 yang pebagai rupa..........sampaikan di bilik 2145 yang kmi menginap pn ada patung.....lakum dinukum waliyadin.....bolehlah kusimpulkan Benarlah kata pepatah melayu hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri.......lebih baik hujan batu dinegeri sendiri huhu...............
ayuh sahabat kita bangun bersama dibumi malaysia tercinta,jika kita renung sejarah dahulu kala tanah melayu boleh dikatakan dakwahnya cukup berjaya dimana jika kita mengungkapkan perkataan orang melayu,maka akan difafahami dan dimengerti bahawa agamanya ialah islam....keadaan ini agak berbeda dengan negara lain....justeru sebagai mahasiswa islam kita harus mempertahankan dan mendaulatkan agama Allah sebagai agama tertinggi dan tidak ada agama yang lebih tinggi berbanding islam.......zikrayat fi Jazirah Bali.....

No comments:

Post a Comment