Sunday, July 12, 2009

Dia Juga Pemuda Seperti Kita........













Kata seorang mantan presiden indonesia:




"datangkan kepada aku sepuluh pemuda yang hebat mantalnya, celik akalnya,tajam fikirannya...pasti dengan sepuluh orang anak muda ini, aku akan gegarkan dunia

Nah!!! Begitu hebat kekuatan anak muda sehingga beliau menukilkan kata2 seperti itu....mari bersama saya bawakan anda menjelajah sebntar menyusuri gerbang sejarah Kota Costantinople yang kalau dengan sejarah ini mampu membangunkan semangat kita lalu mengeluarkan singa yang telah tidur di ulit mimpi di dalam diri kita sebagai anak muda insyaAllah



di dalam satu hadis nabi S.A.W yang bermaksud "akan dibuka Kota Costantinople, mana-mana raja yang berjaya memimpin tentera untuk mengalahkan kerajaan ini, maka dia adalah sebaik-baik raja, mana-mana tentera yang berjaya membuka kota ini, maka mereka merupakan sebaik-baik tentera"



Sebaik sahaja mendengar kata-kata nabi S.A.W. orang pertama yang berjaya menyahut seruan nabi S.A.W. adalah Abu Bakar As-siddiq, Khulafak Ar rasyidin yang pertama, Khalifah pertama ini tidak berjaya membuka kota ini....dikuti pula dengan Saidina Omar, Saidina Othman, Saidina Ali dan khalifah-khalifah selepas itu juga tidak berjaya membuka Kota ini yang menurut pakar strategi perang sebagai kota elit yang cukup kukuh di muka bumi dan sukar untuk untuk ditawan.

Namun begitu seorang anak muda, seorang pemuda yang umurnya belasan tahun dengan tekad dan azam yang bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kelebihan yang disebut oleh nabi S.A.W. telah turun dengan keyakinan yang jitu dan tinggi kepada Allah memimpin angkatan tentera untuk membuka Kota tersebut. pemuda yang dimaksudkan disini adalah Sultan Mohammad Al fateh yang akhirnya beliau telah berjaya mengalahkan kerajaan Rom Timur ini yang mana menurut pakar strategi perang bahawa sesuatu yang mustahil kerajaan Rom Timur boleh dikalahkan oleh tentera-tentera arab, Sultan Mohammad Al Fateh dengan lantang dan tegas menjawab kenyataan itu, kami datang bukan di atas bangsa arab atau nasionalis arab, tetapi kami datang dengan membawa angkatan tentera yang cinta kepada Allah yang mahu menegakkan keadilan dan mahu menghapus dan membasmikan kemungkaran dan kemaksiatan di atas muka bumi ini, maka tentera inilah yang akhirnya berjaya mengalahkan kerajaan Rom Timur dan berjaya membuka Kota Costantinople, Tentera ini dipimpin dan diketuai oleh anak muda atau pemuda seperti kita.

Ayuh kawan-kawan sekalian atas semangat anak muda, kita bangun bersama dengan kekutan dan tenaga umur muda yang diberikan oleh Allah, yang mana tempoh muda ini tidak selamanya kekal dan akan berlalu, justeru kita perlu memanfaatkan tempoh muda ini semaksima mungking dalam menjalankan kerja dakwah dalam memastikan kemungkaran kemaksiatan kebejadan dapat kita tangani khususnya untuk diri kita dam umumnya untuk orang lain. Kita sama sahaja ,punya iman dan nafsu,terpulang kepada kita untuk memipin yang mana satu samada memenagkan nafsu atau iman yang memandu ke jalan yang diredhoi Allah, tepuk dada tanya iman!, Oleh yang demikian jangan kita tanya apa yang islam beri kepada kita, tanyalah apa yang kita sumbang untuk islam.

Kata orang bijak pandai " anak muda hari ini merupakan legasi kepimpinan masa hadapan" semoga dengan kisah yang dinukilkan di atas dapat kita dijadikan booster kepada diri kita dalam menenmpuh ranjau dan duri di sepanjang perjalanan seorang da'ie


Semoga Allah sentiasa memberi semangat dan kekuatan kepada kita anak muda sepetimana semangat dan kekuatan yang telah di berikan kepada Sultan Mohammad Al Fateh sehingga berjaya membuka Kota Costantinople dan sesuatu mutiara yang kita perlu selami dan hayati kalau dia juga pemuda seperti kita.... WALLAHU A'LAM

1 comment:

  1. "datangkan aku 10 orang pemuda......akanku gegarkan dunia"- sueharto

    ReplyDelete