Monday, December 28, 2009

7 PRINSIP BUSHIDO APAKAH KEHEBATANNYA????



Pertumbuhan ekonomi yang pesat setelah Perang Dunia II telah menjadikan Jepun antara sebuah negara yang terkaya di dunia.


(JEPUN) Mari sahabat-sahabatku kita terbang sebentar ke sebuah negara matahari terbit, negara yang pernah diledakkan dengan bom pada suatu ketika dahulu, negara kecil yang dahulunya sangat tertutup dan memang menutup diri dari bangsa asing. Jepun mula maju ketika di pimpin oleh Maharaja Meiji. Dengan mengirimkan pemuda-pemuda Jepun ke negara asing untuk mempelajari teknologi disana dan ketika itu banyak buku-buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dan di jual dengan harga yang murah. Walau dimanapun mereka berada, mereka masih menyibukkan diri untuk membaca. Yang perlu kita ketahui adalah rahasia kenapa negara yang pernah diledakan dengan bom nuklier oleh sekutu itu segera bangkit dan menjadi negara yang maju dalam bidang teknologi? Salah satu perkara yang melandasi kepimpinan Maharaja Meiji adalah mempertahankan kebudayaan dan nilai kerja. Walaupun mereka menjadi bangsa yang maju, namun nilai-nilai dasar masyarakat asli Jepun tidak pernah hilang. Nilai-nilai itu terangkum dalam 7 nilai dasar BUSHIDO yaitu :
1. Gi (Pengambilan keputusan berdasarkan kebenaran, meskipun mati dengan keputusan itu, matilah dengan gagah karena matinya terhormat), 2. Yu (Berani dan kstaria,
3. Jin (murah hati, mencintai sesama manusia),
4. Re (Santun, bertindak benar,
5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya tanpa pamrih),
6. Meiyo (menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan),
7. Chugo (Mengabdi, Bertanggungjawab).
7 nilai prinsip itu dibaca setiap pagi(diulang-ulang) dan tertanam dalam hati sehingga nilai dasar tersebut menjadi prinsip hidup.




(MALAYSIA), negara yang majoriti penduduknya adalah muslim. Kewajipan seorang muslim, salah satunya adalah ibadah solat. Di dalam rukun solat banyak bacaan yang dibaca berulang-ulang, yang salah satunya adalah surat Al-Fatihah yang berjumlah 7 ayat (Bushido juga ada 7 prinsip). Cuba fahami dan hayati 7 ayat tersebut. Sudahkah kita meresapi erti asurah alfatihah satu per satu? Atau hanyalah sekadar untuk menggugurkan kewajiban? Naudzubillah.
Bushido di buat atau diciptakan manusia, sedangkan Al-Fatihah adalah wahyu dari Allah. Jadi yang manakah lebih hebat wahai sahabatku?, Bushido yang hanya dibaca 1 kali sehari oleh penduduk Jepun atau Malaysia yang membaca Al-Fatihah minima 17 kali sehari? Allahu Akbar, sahabatku lihatlah betapa hebatnya al fatihah jika kita hayati 17 kali setiap kali kita menunaikan solat,mari kita rendahkan hati kita, buanglah kesombongan dan keegoan kita ,semoga kita sentiasa bermuhasabah diri, tidak ada jalan bagi kesombongan untuk menjadi mulia disisNya, kemulian ketinggian adalah milik orang yang tawaduk kepada Allah. Sahabatku hanya dengan kehendak-Nya bangsa Malaysia mampu menjadi bangsa rabbani yang dihormati oleh bangsa lain seantero dunia. Amin ya rabb.
Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung (Q.S. Al Hijr : 87)

1 comment:

  1. assalamualaikum.

    Apa yang diterangkan itu, macam bunyi ESQ aje. Cuma saya amat hairan, mengapa kita mengambil contoh dari Jepun sedangkan umat Islm dulu juga lebih maju ilmu mereka, pemikiran mereka, rohaniah mereka sehingga berjaya mencipta tamadun dan bukankah sumber mereka itu dari keimanan yang berakarkan al-Quran dan sunnah, bukn hanya al-fatihah sahaja kerana ia hanya satu bahagian daripada al-Quran. ini bermakna, orang islam lebih dulu maju daripada jepun. Mengapa tidak ditimbulkan tetapi hanya mengambil contoh Jepun. Bukankah yang menjadi sumber kekuatan umat dulu ialah 6666 ayat, bukan hanya tujuh ayat. Saya kira inilah ironinya umat islam hari ini, iaitu hendak melihat ke depan dengan melihat orang kafir, sedangkan orang kafirlah yang menjauhkan umat Islam daripada sumbernya.

    ReplyDelete