Wednesday, December 2, 2009

Menagislah Wahai Manusia Yang Sombong.......Rendahkan Hatimu...




بسم الله الرحمن الرحيم




Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah




Seinfiniti syukur ku panjatkan kepada ilahi atas kurniannya nikmatnya kepadaku......Maha Besar Allah yang menggerakkan seluruh cakrawala.....Dialah yang masih memerintahkan matahari untuk terbit dari timur dan tenggelam di sebelah berat....yang mana manusia mengambil pelbagai manfaat daripadanya......subanallah.....


Kumulakan dengan menukilkan makna surah al syams, Allah bersumpah dengan makhluk sebanyak 7 kali....menurut ustazku hanya saanya Allah yang boleh bersumpah dengan makhluk, haram bagi manusia untuk bersumpah dengan makhluk, namun begitu manusia hanya boleh bersumpah dengan Allah, didalam kitab matan al jurumiah, ada tercatat "walhurufil qasami wahiya wau wal ba' walta" manusia boleh bersumpah dengan "wallahi wabillahi watallahi"......


sahabat2 boleh rujuk dalam kitab mengenai perkara ini, bukanklah perkara ini yang mahu ku ceritakan......


apa yang boleh kita kongsi bersama ialah mengenai ESQ 165 yg ku hadiri 2 minggu lepas....subhanallah cukup menakjubkan,akau merafa'kn setinggi syukur kepada Allah kerana menjentikkan hatiku dan mengizinkan aku ke program tersebut,pd mulanya aku perlu hadir ke program lain, akhirnya Allah memilihku ke ESQ 165,


sedikit perkongsian di dalam program........dumm!!!! bunyi sound sistem menerjah telingaku,jantungku berdegup, lantas hamba Allah yang kerdil dan hina ini berjujuran air mata mebayangkan kehebatan dan kebesaran Allah..... bg setiap modul spiritual yang dibentangkn......ternyata meruntun hati, modul yang sangat kreatif


yang lebih menyayukan hati dan menimbulkan perasaan insaf ialah apabila terdengar sayu doa2 peserta memohon keampunan dalam tangisan....Allahhuakbar subhanallah,moga Allah terus campakan keinsafan kepada kami....


selain spiritual terdapat juga modul2 membina iq dan eq yang sangat menarik,permainan2 yang ringan bermanfaat juga membuka minda peserta


secara keseluruhannya sangat menarik, bagiku sendiri aku akn terus mengikuti program ini untuk memantapkan kefahaman kerana program yang kami lalui sepatutnya 3 hari ttp dipendekkan kepada dua hari,so agak cpat modul yag perlu difahami........


buat sahabat-sahabat,joinla prog ni jika berpeluang kerana modulnya sgat menarik dan mendidik hati yang sombong dan bongkak berjalan di atas muka bumi.....nauzubillah


marilah kita sama beristighfar memohon ampum kepada Allah moga di berkati dan dirhmati hidup kita aminn ya rabb.............






1 comment: